Perak umum bonus RM1,000

Saarani turut menyerahkan bubur lambuk kepada ahli kesatuan pada program anjuran AUEGCAS Perak di Bangunan Seri Perak di sini pada Isnin.
Saarani turut menyerahkan bubur lambuk kepada ahli kesatuan pada program anjuran AUEGCAS Perak di Bangunan Seri Perak di sini pada Isnin.
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian bantuan khas Aidilfitri berjumlah RM1,000 kepada semua kakitangan awam di negeri itu.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, pengumuman mengenai perkara itu sudah dibuat pada minggu lalu ketika majlis berbuka puasa bersama penjawat awam di Perak di Laman Seri Ridzuan di sini.

Menurutnya, pemberian bantuan khas kewangan itu akan agihkan bermula pada 20 Mei depan untuk semua yang terlibat.

"Kita tak buat bayaran sebelum Aidilfitri memandangkan gaji pada April sudah dibayar manakala gaji bagi bulan Mei pula akan diterima lebih awal iaitu pada 6 Mei oleh kakitangan kerajaan.

"Jadi kita buat keputusan untuk bayar pada 20 Mei iaitu supaya lepas raya mereka ada duit," katanya kepada pemberita selepas hadir ke Program Ihya Ramadan anjuran Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan-Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Negeri Perak di Bangunan Seri Perak di sini pada Isnin.

Beberapa negeri sebelum ini telah mengumumkan pemberian bantuan khas Aidilfitri kepada kakitangan kerajaan.

Pada 22 April lalu, kerajaan Persekutuan juga bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan perkhidmatan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, pesara kerajaan juga akan menerima bantuan sebanyak RM250 bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Bantuan khas Aidilfitri RM500 untuk penjawat awam