X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Covid-19: Lima sekolah di Negeri Sembilan diarah tutup

Pengawal keselamatan, Johari Ismail menutup pintu pagar berikutan penutupan SMK Seremban 2. - Foto Bernama
A
A

SEREMBAN - Sebanyak lima sekolah di Negeri Sembilan telah diarah tutup berikutan terdapat kes Covid-19 dalam kalangan murid dan guru.

Menurut sumber, lima sekolah itu termasuk dua di daerah Seremban, dan masing-masing satu di Batu Kikir, Jempol; Port Dickson; serta Kuala Pilah.

"Setakat 25 April ini seramai 25 murid termasuk guru disahkan positif, manakala lebih 200 individu telah dipanggil untuk membuat saringan.

"Alhamdulillah, beberapa keputusan ujian calitan saringan kontak rapat yang keluar adalah negatif, ini kerana pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di sekolah dapat membantu mengekang penularan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Tambahnya, bagaimanapun, masih ada lagi keputusan ujian saringan masih belum diperoleh, dan berharap agar semuanya negatif.

"Semua sekolah yang terlibat telah pun disanitasi sebaik sahaja menerima laporan", katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Md Fiah Md Jamin ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Katanya, sekolah telah mengamalkan pematuhan SOP yang ketat, malah langkah-langkah keselamatan turut diambil bagi memastikan pelajar dan guru tidak dijangkiti.

Pada Jumaat lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 2, ditutup tujuh hari sehingga 29 April selepas 17 pelajarnya disahkan positif Covid-19.

Tiga pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, turut disahkan positif Covid-19.

Seramai 179 pelajar SMAP Labu sedang dikuarantin di Institut Aminuddin Baki dan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) di Bandar Enstek, Nilai.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!