Covid-19: 20 sekolah di Pulau Pinang ditutup dua hari

20 sekolah di Pulau Pinang ditutup dua hari bermula Isnin selepas dipercayai berlaku penularan kes Covid-19 di sekolah terbabit. - Gambar hiasan
20 sekolah di Pulau Pinang ditutup dua hari bermula Isnin selepas dipercayai berlaku penularan kes Covid-19 di sekolah terbabit. - Gambar hiasan
A
A
A

GEORGETOWN - [DIKEMASKINI] Sebanyak 20 sekolah di negeri ini ditutup dua hari bermula Isnin susulan terdapat kes Covid-19 dalam kalangan warga sekolah.

Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, penutupan itu membabitkan sekolah menengah dan rendah.

"Penutupan itu bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan di semua sekolah terlibat. Pihak sekolah akan menilai semula sebelum sebarang tindakan lain dibuat," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Abdul Rashid berkata, semua pelajar terlibat dengan 20 sekolah berkenaan akan menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) mengikut jadual persekolahan seperti biasa.

Beliau bagaimanapun enggan memberi perincian berhubung penutupan kesemua sekolah terbabit.

Difahamkan, antara sekolah yang ditutup ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Mark dan SMK Kampung Kastam di Butterworth.

Artikel Berkaitan: