Covid-19: Hospital penuh, ramai pesakit maut tunggu rawatan

Jangkitan di India semakin tinggi hingga sistem kesihatan mengalami kekurangan bekalan oksigen dan katil pesakit.
Jangkitan di India semakin tinggi hingga sistem kesihatan mengalami kekurangan bekalan oksigen dan katil pesakit.
A
A
A

NEW DELHI- Seorang lelaki yang dijangkiti Covid-19 di India meninggal dunia di troli hospital akibat institusi kesihatan di New Delhi yang rata-ratanya penuh.

Shayam Narayan merupakan salah seorang dari ratusan mangsa Covid-19 di negara itu yang meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan.

Bagaimanapun Narayan, yang mempunyai lima anak, mati tanpa dimasukkan ke hospital, atau dibawa ke bilik mayat yang bermaksud kematiannya tidak mungkin dikira secara rasmi dalam jumlah korban Covid-19 yang meningkat di bandar ini.

Ketika ini, jumlah jangkitan harian di India lebih tinggi daripada negara-negara lain di dunia iaitu sekitar jumlah 332,730.

Manakala sebanyak 2,263 kes kematian harian akibat Covid-19 dilaporkan dan daripada jumlah itu lebih dari 300 kes dicatatkan di New Delhi sahaja.

Hospital Guru Teg Bahadur, di timur laut ibu kota India, adalah salah satu contoh keruntuhan sistem kesihatan di India apabila mengalami kekurangan bekalan oksigen dan kekurangan katil pesakit.

Ramai pesakitnya mati di atas troli di luar hospital, seperti Narayan.

Bagaimanapun penguasa perubatan hospital tidak pernah memberikan reaksi mengenainya.

Artikel Berkaitan:

Menurut data rasmi, 400 hospital awam untuk rawatan Covid-19 di India juga dilaporkan penuh dan dianggarkan enam pesakit akan menunggu giliran dimasukkan ke hospital setiap jam.

Walaupun kekurangan katil, ramai pesakit tidak mempunyai banyak pilihan dan tetap datang ke hospital bagi menunggu rawatan untuk Covid-19.

Pada masa ini, data dalam talian menunjukkan hanya 22 tempat tidur ICU yang tersedia di New Delhi daripada lebih 4,500.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!