Covid-19: Kes positif, kematian di seluruh dunia meningkat

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 31.96 juta kes.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 31.96 juta kes.
A
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia kini melepasi 145.09 juta kes berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 31.96 juta kes.

Ini diikuti India dengan 16.26 juta kes dan Brazil dengan lebih 14.16 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes adalah Perancis, Rusia, Turki dan United Kingdom sementara Itali, Sepanyol dan Jerman melebihi 3 juta.

Argentina, Poland, Colombia, Iran dan Mexico mencatat lebih 2 juta kes.

Ukraine, Peru, Indonesia, Czechia, Afrika Selatan, Belanda, Kanada, Chile dan Romania pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Manakala Filipina, Belgium, Sweden, Hungary, Bangladesh, Jordan, Serbia, Switzerland, Austria, Maghribi, Jepun, Lebanon, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Panama, Slovakia dan Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melepasi 3.07 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 570,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 383,000 kes, Mexico lebih 200,000, India, United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Jerman, Sepanyol, Colombia, Iran, Poland, Argentina, Peru dan Afrika Selatan.

Manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Indonesia, Ukraine dan Turki.

Selain itu, Czechia, Belgium dan Kanada pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.