MAIS perkenal kadar fidyah terkini mengikut jenis beras

MAIS memperkenalkan pilihan bayaran fidyah puasa Ramadan mengikut jenis beras yang dimakan pada tiga kadar yang berlainan iaitu RM2, RM4 dan RM6 sehari. Gambar kecil: Dr Ahmad Shahir
MAIS memperkenalkan pilihan bayaran fidyah puasa Ramadan mengikut jenis beras yang dimakan pada tiga kadar yang berlainan iaitu RM2, RM4 dan RM6 sehari. Gambar kecil: Dr Ahmad Shahir
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperkenalkan pilihan bayaran fidyah puasa Ramadan mengikut jenis beras yang dimakan pada tiga kadar yang berlainan iaitu RM2, RM4 dan RM6 sehari.

Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, kadar bayaran fidyah sebanyak RM2 sehari adalah untuk individu yang memakan beras Super Special Tempatan 5%, RM4 sehari bagi mereka yang memakan beras putih import, beras perang, beras pulut, herba poni atau beras wangi manakala, kadar fidyah RM6 sehari dikenakan bagi mereka yang memakan beras basmathi, beras Jepun atau beras merah.

Menurutnya, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5 pada 3 November 2020 lalu memutuskan bahawa kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu perempat daripada zakat fitrah yang dibayar.

“Mereka yang berkemampuan amat digalakkan menunaikan bayaran fidyah mengikut jenis beras dimakan selaras dengan kadar zakat fitrah yang dilaksanakan di Selangor yang merujuk kepada keputusan Mesyuarat Fatwa Negeri Selangor.

“Selain itu, golongan tersebut turut digalakkan untuk membayar fidyahnya secara berganda jika jumlah hari meninggalkan puasa melangkau Ramadan berikutnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Umat Islam yang ingin membuat bayaran fidyah boleh melayari laman sesawang MAIS di www.mais.gov.my atau menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

Artikel Berkaitan: