Sultan Johor berkenan namakan cucu Tunku Zahrah Zarith Aziyah

Pengumuman Diraja yang dimuat naik di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Pengumuman Diraja yang dimuat naik di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menamakan anakanda Tunku Mahkota Johor yang diputerakan pada Rabu dengan nama Tunku Zahrah Zarith Aziyah Tunku Ismail.

Pengumuman Diraja itu dibuat oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

"Menjunjung titah, Jumaah Majlis Diraja Johor sukacita mengumumkan perkara itu dengan izin ALLAH SWT bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim.

"Dengan telek pandang dan limpah perkenan Tuanku dan dengan persekutuan Jumaah Majlis Diraja menamakan puteri Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor yang diputerakan pada 21 April 2021 bersamaan 9 Ramadan 1442H di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah Binti Tunku Ismail," menurut kenyataan itu.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mendirikan rumah tangga dengan Che' Puan Besar Khaleeda Bustaman pada 2014 dan dikurniakan tiga cahayamata, iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim yang juga Raja Muda Johor dan Tunku Abu Bakar Ibrahim.

Artikel Berkaitan: