Impian ibu tunggal miliki gerai roti canai tercapai

Hebahan dana RM1,700 untuk membantu ibu tunggal membeli gerai roti canai dikongsikan oleh Chee Heng di Facebooknya sekitar jam 11 malam Rabu. Gambar kiri: Kuan Chee Heng,
Hebahan dana RM1,700 untuk membantu ibu tunggal membeli gerai roti canai dikongsikan oleh Chee Heng di Facebooknya sekitar jam 11 malam Rabu. Gambar kiri: Kuan Chee Heng,
A
A
A

SHAH ALAM - Keprihatinan rakyat Malaysia memang tidak dapat dinafikan apabila terbaharu misi mengumpul RM1,700 bagi membantu ibu tunggal membeli gerai roti canai berjaya dikumpulkan dalam tempoh kurang sehari.

Gerakan itu dilakukan oleh aktivis, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan panggilan 'Uncle Kentang' yang berkongsikan ketabahan seorang wanita yang ditinggalkan suami membesarkan tiga anak termasuk kembar berusia tiga tahun, manakala seorang lagi berusia lima tahun.

Menerusi perkongsian di Facebook beliau, dana RM1,700 itu diperlukan wanita berkenaan untuk mencari rezeki membesarkan anak-anaknya.

"Ibu tunggal ini rajin... selalu buat perniagaan kecil-kecilan dari rumah dan kini dia baharu berani buka gerai. Sekarang dah jual nasi lemak dan lain-lain, kini mahu menambah gerai roti canai.

"Dia berniaga di Taman Sri Muda, Shah Alam, perlukan RM1,700 untuk beli gerai roti canai. Jom kita bantu, sila ke kentangfund.com. Marilah kita bantu ibu tunggal yang gigih membesarkan anak seorang diri ini," kongsinya di Facebook beliau pada Rabu.

Dalam perkongsian berasingan, beliau memaklumkan dana membantu wanita tersebut telah ditutup apabila sasaran yang dikehendakki telah mencukupi.

Beliau terharu dan bangga dengan sikap keprihatinan rakyat Malaysia yang membantu tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

"Inilah Malaysia. Bangun pagi nampak di Kentangfund.com impian seorang ibu tunggal untuk mendapatkan gerai roti canai tercapai. RM 1,700 akan diserahkan kepadanya nanti.

Artikel Berkaitan:

"Inilah Malaysia. Inilah perpaduan jitu. Kamu semua tak tanya apa kaum dan agama ibu tunggal tersebut. Inilah negara paling terbaik, terima kasih kepada semua," katanya.