X

Kindly register in order to view this article
!

PPU terbakar: Lapan kawasan di Klang berdepan gangguan bekalan elektrik

Anggota JBPM berusaha memadamkan kebakaran dalam kejadian pada awal pagi Rabu.
A
A

SHAH ALAM - Lapan kawasan di Klang berdepan gangguan bekalan elektrik susulan insiden kebakaran Pencawang Pembahagi Utama (PPU) Puncak Alam dalam kejadian pada awal pagi Rabu.

Menerusi kemas kini di laman Facebook Tenaga Nasional Berhad (TNB) Careline berkata, kejadian kebakaran itu telah menyebabkan pengguna di kawasan terlibat berdepan gangguan bekalan elektrik.

Menurut kenyataan itu, pasukan teknikal TNB sedang berada di lokasi bagi melakukan kerja-kerja baik pulih bekalan elektrik kepada pengguna.

"Lapan kawasan terjejas dalam insiden ini antaranya Bandar Puncak Alam; Taman Alam Sutera; Taman Alam Suria; Kampung Bukit Hijau; Kampung Bukit Cerakah; Bandar Hillpark; Astana Alam 2 dan sebahagian kecil kawasan Kuala Selangor," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5 pagi.

p/> Beliau berkata, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi bagi melakukan kerja pemadaman api.

Sejurus tiba, beliau berkata, pihaknya mendapati kebakaran itu melibatkan kabel pencawang elektrik utama dan kerja pemadaman dilakukan dengan menggunakan alat pemadam api debu kering.

"Kejadian itu tidak melibatkan mangsa dan struktur bangunan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!