Tiga kluster baharu Covid-19 di Kelantan

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengisytiharkan tiga lagi kluster baharu dikesan aktif di negeri ini pada Isnin.

Tiga kluster itu ialah Kampung Tangok (Bachok), Jalan Hospital (Kota Bharu) dan Pulai Chondong (Machang).

Menurut laman sosial Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan kluster Pulai Chondong, kes baharu paling tinggi iaitu sebanyak 18, diikuti Jalan Hospital (6 kes) dan Kampung Tangok (5 kes).

Bagaimanapun JKNK memaklumkan terdapat pertambahan 93 kes baharu pada kluster sedia ada iaitu Kampung Domis (55), Bunut Sarang Burung (11), Jalan Stadium Empat (9), Kg Labok (5), Jalan Zainab (4), Jalan Kota Kubang Labu (4), Kok Lanas (2), Bandar Baru Kubang Kerian (2) dan Tembok Pengkalan Chepa (1).

Sementera itu, bilangan kluster masih aktif ialah 30 dan kesemua data setakat jam 12 tengah hari.

Artikel Berkaitan: