X

Kindly register in order to view this article
!

Quartararo juara GP Portugal

Quartararo meneruskan momentum cemerlang apabila menjuarai GP Portugal di Partimao sebentar tadi.
A
A

PELUMBA Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo meraih kejuaraan MotoGP buat kali kedua berturut-turut selepas muncul juara perlumbaan Grand Prix (GP) Portugal Litar Antarabangsa Algarve, Portimao sebentar tadi.

Pelumba Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia menyambar kedudukan kedua manakala penyandang juara yang menggalas cabaran Team Suzuki Ecstar, Joan Mir mengakhiri perlumbaan di tempat ketiga.

Pelumba Ducati-Pramac, Johann Zarco yang muncul pendahulu keseluruhan ketika ini gagal menamatkan perlumbaan selepas terbabit dalam kemalangan.

Sementara itu, bekas juara dunia, Marc Marquez yang membuat kemunculan semula selepas sembilan bulan tidak menggegar litar sekadar menduduki tempat ketujuh.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!