17 kes dijangkiti varian B.1.35

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 17 kes positif Covid-19 jangkitan tempatan telah dikenal pasti dijangkiti daripada varian South African B.1.35.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes tersebut dikesan di dalam tiga kluster.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenalpasti tiga kes Varian B.1.35 di dalam Kluster Jalan Lima, Kluster Kebun Baru (sembilan) dan Kluster Teknologi Emas (satu)," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, sebanyak empat kes Varian B.1.35 turut dikesan di dalam saringan kontak rapat.

"Analisa filogenetik serta hubungkait geografi menunjukkan kebarangkalian kes-kes tersebut adalah daripada punca jangkitan yang sama," katanya.

Beliau berkata, sejak 3 Februari lalu, Variant of Concerns (VOCs) mula dikesan di Malaysia di mana dua kes pertama varian UK B.1.1.7 telah dikenal pasti melalui saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

"Saringan di PMA seterusnya mengesan dua kes varian Nigerian B.1.525 pada 5 Mac," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, pada 18 Mac, Varian B.1.351 ditemui di kalangan dua kakitangan syarikat yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Kluster Jalan Lima.

Artikel Berkaitan:

"Masing-masing satu kes dari Kluster Kebun Baru dan saringan kontak rapat turut ditemui," katanya.