Anak kambing berwajah manusia

Anak kambing yang dilahirkan tanpa ekor itu mempunyai bahagian wajah yang kelihatan seperti manusia dan ianya sangat ketara pada dahi, mata, mulut dan turut memiliki janggut.
Anak kambing yang dilahirkan tanpa ekor itu mempunyai bahagian wajah yang kelihatan seperti manusia dan ianya sangat ketara pada dahi, mata, mulut dan turut memiliki janggut.
A
A
A

GUJARET- Kelahiran anak kambing berwajah seperti manusia telah menggemparkan penduduk di sebuah kampung di Gujarat, India.

Anak kambing yang dilahirkan tanpa ekor itu mempunyai bahagian wajah yang kelihatan seperti manusia dan ianya sangat ketara pada dahi, mata, mulut dan turut memiliki janggut. Haiwan aneh itu bagaimanapun mempunyai kaki empat dan telinga seperti kambing normal.

Menurut India.com, anak kambing itu dilahirkan di rumah penduduk kampung yang bekerja sebagai petani. Bagaimanapun ia hanya mampu hidup selama 10 minit selepas dilahirkan.

Video haiwan aneh itu turut tular di laman sosial dan turut memaparkan aksi penduduk kampung memujanya kerana mempercayai ia adalah kelahiran nenek moyang mereka. - India.com

Artikel Berkaitan: