'Beri bantuan kepada yang layak tanpa lihat fahaman politik'

Ahmad Samsuri pada Konvensyen Profesional Malaysia 2.0 yang diadakan di Ideal Convention Centre, Shah Alam pada Sabtu.
Ahmad Samsuri pada Konvensyen Profesional Malaysia 2.0 yang diadakan di Ideal Convention Centre, Shah Alam pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Amalan memberi bantuan dengan melihat fahaman politik penerima perlu dihentikan kerana ia boleh dijadikan bahan seteru dalam kalangan masyarakat.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, mungkin ia tidak berlaku di tempat lain tetapi di Terengganu wujud amalan tersebut.

Katanya, perkara yang dianggap kecil itu jika tidak ditangani akan memberi kesan tidak sihat kepada rakyat.

"Sebelum ini, mahu minta biasiswa perlu jumpa dan minta tandatangan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), mereka pula tanya orang mana? Kalau orang Pas tidak dapat.

"Itu yang berlaku dalam masyarakat sebenarnya, apa yang kita jangka, mereka mesti marah dan geram akhirnya seteru dalam politik semakin berkembang dalam kalangan masyarakat," katanya dalam ucaptama di program Jabatan Profesional Muda (JPro) akan menganjurkan KPro 2.0 pada Sabtu.

Turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tambah Ahmad Samsuri, sebarang bantuan untuk rakyat harus bebas daripada isu politik malah perlu diagih-agihkan kepada mereka yang benar-benar layak.

"Sebab itu lah, saya tekankan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu supaya bantuan perlu diberikan kepada mereka yang layak tanpa melihat ideologi politik. Kalau cukup syarat bagi apa yang diperlukan.

"Kita perlu tengok negara luar. Contohnya England, golongan usahawan mahupun kanak-kanak tidak terjejas sama ada mereka penyokong Parti Konservatif atau Demokrate," ujarnya.