Neelofa belanja sipi-sipi wajah anak kedua

Neelofa menerusi akaun Instagram miliknya telah memuat naik beberapa foto anak lelaki keduanya itu. - Foto Instragram Neelofa
Neelofa menerusi akaun Instagram miliknya telah memuat naik beberapa foto anak lelaki keduanya itu. - Foto Instragram Neelofa
A
A
A

SELEPAS mengumumkan nama anak keduanya iaitu Abdullah Abbas pada 18 Julai lalu, kini netizen sudah tidak sabar untuk melihat wajah anak kedua pelakon dan pengacara, Neelofa itu.

Walaupun belum mendedahkan sepenuhnya wajah Abdullah Abbas, Neelofa menerusi akaun Instagram miliknya telah memuat naik beberapa foto anak lelaki keduanya itu.

“Memori yang akan sentiasa segar dalam ingatan, rasa syukur tidak terhingga,” coretnya ringkas.

Namun apa yang membuatkan netizen teruja adalah Neelofa telah 'belanja' foto anak keduanya hanya dari pandangan sisi sahaja.

Antara komen yang diterima adalah:

“Alhamdulillah tahniah, nampak sipi-sipi pun dah tahu comel macam Bilal.”

“Muka comel macam Bilal juga ni.”

“Mesti comel dan gebu macam abang Bilal.”

Terdahulu, pasangan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya Haris Ismail mengumumkan bahawa mereka telah menimang cahaya mata kedua pada pukul 10.45 malam, Selasa.

Pasangan itu juga berharap kehadiran putera kedua ini membawa keberkatan dalam keluarga dan memohon doa agar mereka mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya.

Untuk info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan puter sulung bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu. - Awani