X

Kindly register in order to view this article
!

Pembiayaan RM100 juta untuk PKS industri halal

Alliance Islamic Bank Bhd
A
A

KUALA LUMPUR - Alliance Islamic Bank Bhd berhasrat menyediakan pembiayaan bernilai RM100 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terbabit dalam industri halal.

Dalam satu kenyataan, bank itu memaklumkan ia telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan eJazmine, Fusionex dan Institut Penyelidikan dan Latihan Halal Antarabangsa (INHART) untuk memperkukuhkan lagi program ‘Halal in One’nya.

Perkongsian strategik yang diperluaskan itu bertujuan untuk menawarkan lebih banyak penyelesaian digital, akses pasaran dan latihan khusus untuk membantu perniagaan berkembang di sektor halal.

“Hari ini, pasaran halal global bernilai AS$3 trilion dan merupakan antara pasaran yang paling pesat berkembang di dunia.

"Justeru, adalah mustahak perniagaan tempatan kita secara berterusan mengguna pakai inovasi dan transformasi digital bagi memanfaatkan pasaran yang menguntungkan ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Islamic Bank, Rizal IL-Ehzan Fadil Azim dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau menambah, platform e-dagang, eJazmine akan memberikan kadar keutamaan kepada perniagaan tempatan yang ingin mendapatkan akses pasaran ke negara-negara seperti AS, Arab Saudi, Indonesia dan China, sementara Fusionex, melalui penyelesaian digitalnya, membantu PKS mewujudkan kehadiran dalam talian dan menggunakan analisis dan kepintaran untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan.

Di samping itu, INHART yang ditubuhkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, menawarkan program latihan khusus untuk mendidik pemilik perniagaan mengenai pematuhan syariah dan menyediakan perkhidmatan audit halal antarabangsa kepada perniagaan yang ingin memasuki pasaran asing. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!