Pusat urut tawar khidmat pelacuran digempur

Sebuah pusat urut dipercayai menawarkan aktiviti pelacuran digempur DBKL pada Sabtu.
Sebuah pusat urut dipercayai menawarkan aktiviti pelacuran digempur DBKL pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerbu tiga hotel bajet dipercayai menawarkan aktiviti pelacuran di sekitar Kuala Lumpur pada Sabtu.

Serbuan yang dilakukan Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan (JPK) DBKL itu melibatkan tiga hotel yang terletak di Bukit Jalil, Desa Sri Hartamas dan Taman Connought.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Osman Ismail berkata, aktiviti tidak bermoral itu dikesan di tingkat satu di premis berkenaan melibatkan 25 bilik yang dijadikan tempat urut dan aktiviti seks.

"Hasil semakan mendapati premis tersebut tidak mempunyai lesen yang sah daripada DBKL.

"Serbuan dijalankan turut menahan 17 individu terdiri daripada 12 wanita warga Thailand dan Indonesia yang bekerja sebagai tukang urut serta dipercayai menjadi pekerja seks manakala lima lelaki warga tempatan terdiri daripada penjaga premis dan pelanggan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, premis yang diserbu telah dikenakan tindakan penutupan serta-merta.

"Tindakan sita ke atas 43 pelbagai peralatan premis turut dilakukan antaranya kondom, minyak pelincir dan lain-lain peralatan," katanya.

Artikel Berkaitan: