14 cedera bas ekspres terbalik

Anggota keselamatan memberi bantuan awal kepada mangsa kemalangan. Foto ihsan bomba
Anggota keselamatan memberi bantuan awal kepada mangsa kemalangan. Foto ihsan bomba
A
A
A

IPOH - Seramai 14 individu termasuk pemandu cedera selepas bas ekspres dinaiki terbabas di KM265, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Terowong Menora di sini pada Ahad.

Difahamkan, bas ekpres dua tingkat itu dalam perjalanan dari Kulim, Kedah ke Kuala Lumpur.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Shahrudi Muhamad Halil berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 2.22 pagi.

"Setibanya di lokasi mendapati sebuah bas telah terbabas dan terbalik ke dalam longkang di tepi jalan.

"Seramai 14 orang mangsa cedera. Anggota segera membantu mengeluarkan mereka dan memberi rawatan awal," katanya.

Sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas dan terbalik dalam longkang menyebabkan 14 individu cedera. Foto: ihsan bomba.
Sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas dan terbalik dalam longkang menyebabkan 14 individu cedera. Foto: ihsan bomba.

Menurutnya, kesemua penumpang yang cedera diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut.

"Kejadian itu bagaimanapun tidak membabitkan kenderaan lain.

Artikel Berkaitan:

"Operasi turut dibantu oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Kementerian Kesihatan dan tamat pada jam 4.39 pagi," katanya.

Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak ambulan untuk tindakan lanjut. Foto: ihsan bomba.
Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak ambulan untuk tindakan lanjut. Foto: ihsan bomba.