Lelaki Indonesia ditahan pecah pintu masuk bank

Tok beng Yeow
Tok beng Yeow
A
A
A

KULAI - Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia kerana dipercayai memecahkan pintu utama sebuah bank di Indahpura di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok beng Yeow berkata, anggota dari Balai Polis Kulai menahan lelaki tersebut di bandar ini pada jam 9.30 malam.

"Tiada senjata ditemukan dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk tindakan selanjutnya. Pemeriksaan di lokasi kejadian bersama-sama staf Maybank dapati terdapat kesan darah disyaki darah suspek. Tiada sebarang kehilangan atau kecurian dilaporkan.

"Hasil siasatan awal suspek disyaki mempunyai masalah mental. Punca kejadian masih disiasat dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) akan diteliti untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kes turut disiasat di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM10,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan sehingga enam kali sebatan.

Artikel Berkaitan: