Maqis rampas biji kopi dari Colombia bernilai lebih RM3.2 juta

Maqis merampas sebuah kontena mengandungi biji kopi seberat 173,074kg bernilai lebih RM3.2 juta di Pelabuhan Klang Utara pada Khamis.
Maqis merampas sebuah kontena mengandungi biji kopi seberat 173,074kg bernilai lebih RM3.2 juta di Pelabuhan Klang Utara pada Khamis.
A
A
A

KLANG - [DIKEMASKINI] Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas sebuah kontena yang mengandungi biji kopi bernilai bernilai RM3.23 juta di Pelabuhan Klang Utara pada Khamis.

Pemangku Pengarah Maqis Selangor, Zamri Hisham berkata, biji kopi seberat 173,074 kilogram (kg) yang dipercayai dibawa masuk dari Colombia itu dirampas dalam pemeriksaan rutin pada jam 11 pagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati barang dagangan berkenaan tidak mematuhi syarat import Maqis sebagaimana yang dinyatakan dalam permit, lesen dan perakuan.

"Ia dirampas untuk siasatan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

"Jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) Akta sama membabitkan denda melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: