AS, Malaysia lahir kebimbangan rampasan kuasa di Myanmar

Antony J Blinken, Hishammuddin Tun Hussein
Antony J Blinken, Hishammuddin Tun Hussein
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony J Blinken pada Rabu mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Jurucakap Setiausaha Kerajaan Negeri, Ned Price berkata, kedua-dua pemimpin berbincang mengenai kepentingan bersama dan hasrat memperkuat kerjasama di wilayah Indo-Pasifik, termasuk melalui ASEAN dan forum multilateral.

Kedua-dua pemimpin itu juga bimbang dengan rampasan kuasa tentera di Myanmar dengan Blinken menegaskan peranan penting ASEAN di Indo-Pasifik, kata Price dalam satu kenyataan dikeluarkan Jabatan Negara.

Blinken juga mengetengahkan mengenai kepentingan menggalakkan kebebasan navigasi, penerbangan dan pelayaran di laut secara sah, termasuk di Laut China Selatan.

Sementara itu, Hishammuddin di akaun Twitter rasminya berkata, beliau telah berbincang menerusi telefon dengan Blinken dan kedua-dua pihak berharap Kerjasama Komprehensif Malaysia-AS akan terus diperkukuh.

Katanya, turut dibincangkan isu antarabangsa dan serantau, seperti kerjasama ASEAN-AS, perkembangan di Myanmar dan Laut China Selatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: