Ordinan baharu benar guna dana tanpa kelulusan Dewan Rakyat, DUN

Dewan Rakyat -Foto Bernama
Dewan Rakyat -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan mewartakan satu ordinan baharu yang memberikan kuasa kepada perdana menteri, ketua menteri atau menteri besar untuk meluluskan perbelanjaan tambahan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan tanpa melalui Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut Warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan pada Rabu, ordinan baharu itu akan berkuatkuasa bermula 31 Mac 2021 sehingga darurat ditamatkan.

Dengan pengenalan ordinan tersebut, ia membolehkan Perbendaharaan Malaysia, menteri besar atau ketua menteri untuk menambah perbelanjaan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan masing-masing tanpa kelulusan wakil rakyat.

Perkara tersebut digariskan melalui pengenalan dua seksyen baharu dalam Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 iaitu Seksyen 10a dan 10b.

Ordinan baharu itu juga secara langsung menggantung Perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Perenggan 2(2)(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946, yang berkaitan kuasa Dewan Rakyat berhubung soal kewangan.

Pada 11 Januari lalu, kerajaan telah mewartakan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan untuk melakukan perisytiharan darurat.

Sepanjang tempoh darurat, kerajaan mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang baharu yang dinamakan ordinan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong tanpa melalui badan legislatif.

Pelaksanaan darurat bagi menangani ancaman Covid-19 itu ditetapkan untuk berkuat kuasa sehingga 1 Ogos 2021 atau suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Artikel Berkaitan: