Sungai Balok boleh jadi contoh: ADUN Beserah

Andansura (depan, empat dari kanan) dan Mohd Sani (empat dari kiri) bersama warga JAS Pahang dan wakil rakan kerjasama strategik menyertai program gotong-royong membersihkàn Sungai Balok pada Program Denai Sungai Kebangsaan 2021 Peringkat Negeri Pahang sempena Hari Air Sedunia di Sungai Balok, Kampung Tebing Tinggi di sini pada Sabtu.
Andansura (depan, empat dari kanan) dan Mohd Sani (empat dari kiri) bersama warga JAS Pahang dan wakil rakan kerjasama strategik menyertai program gotong-royong membersihkàn Sungai Balok pada Program Denai Sungai Kebangsaan 2021 Peringkat Negeri Pahang sempena Hari Air Sedunia di Sungai Balok, Kampung Tebing Tinggi di sini pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Sungai Balok boleh dijadikan model dalam aspek pemeliharaan ke atas sungai yang berada dalam kawasan perindustrian di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu berkata, Sungai Balok merupakan aliran terakhir bagi industri di Gebeng termasuk industri berat dan kimia namun kualiti sungainya terus terpelihara sedangkan kebiasaan sungai dalam kawasan industri berat akan tercemar dan usaha untuk memulihara menjadi lebih sukar.

"Isu ini tidak berlaku di sini (Sungai Balok) kerana ia masih berada pada kelas dua bersih dan selamat untuk digunakan.

"Walaupun sungai ini bukan sumber air mentah bagi penduduk namun ramai masih bergantung kepada sungai ini sebagai sumber rezeki terutama nelayan sungai dan kaki pancing," katanya ketika ditemui pada Program Denai Sungai Kebangsaan 2021 Peringkat Negeri Pahang sempena Hari Air Sedunia di Sungai Balok, Kampung Tebing Tinggi di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang, Mohd Sani Mat Daud.

Andansura berkata, ke arah matlamat itu, perlu ada model dan perancangan yang baik melibatkan peranan semua pihak bukan hanya pihak JAS malah daripada pemain industri dan komuniti setempat.

"Usaha ke arah memulihara kualiti Sungai Balok dari kelas dua ke kelas satu mampu dicapai dalam tempoh lima atau 10 tahun jika semua pihak mengambil peranan dan mempunyai kesedaran tinggi dalam aspek penjagaan sungai ini,"katanya.

Artikel Berkaitan:

Andansura (dua kiri) dan Mohd Sani (kiri) turut sama menyertai program gotong-royong membersihkàn Sungai Balok pada Program Denai Sungai Kebangsaan 2021 Peringkat Negeri Pahang sempena Hari Air Sedunia di Sungai Balok, Kampung Tebing Tinggi di sini pada Sabtu.
Andansura (dua kiri) dan Mohd Sani (kiri) turut sama menyertai program gotong-royong membersihkàn Sungai Balok pada Program Denai Sungai Kebangsaan 2021 Peringkat Negeri Pahang sempena Hari Air Sedunia di Sungai Balok, Kampung Tebing Tinggi di sini pada Sabtu.

Tambah beliau, kesedaran juga perlu diberikan kepada pemain industri terutama industri kecil dan sederhana (IKS) terhadap tanggungjawab menjaga alam sekitar dan sungai.

"Kita tidak bimbang dengan industri besar kerana kebanyakan mereka patuh kepada peraturan ditetapkan malah memainkan peranan bersama dalam usaha memelihara sungai ini.

"Berbeza dengan IKS yang mana tahap kemampuan mereka untuk memenuhi syarat ditetapkan agak kurang atas faktor kos dan sebagainya menyebabkan ada di antara pengusaha mengambil jalan mudah melupuskan atau membuang sisa industri tidak mengikut kaedah dibenarkan.

"Tindakan ini akan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar dan sungai. Justeru mereka perlu diberikan kesedaran supaya lebih bertanggungjawab kepada alam sekitar dan tidak memikirkan keuntungan semata-mata,"katanya.

Sementara itu, Mohd Sani berkata, kualiti semua sungai di negeri ini berada pada tahap baik dan kebanyakan pada kelas dua.

"Melalui Program Denai Sungai ini kita memberikan tumpuan kepada empat sungai di daerah Rompin, Cameron Highlands dan di Bentong serta Sungai Balok di Kuantan.

"Usaha meningkatkan kualiti sungai dari kelas dua ke kelas satu memerlukan kepada tindakan menyeluruh bermula di peringkat punca pencemaran yang dikenalpasti misalnya aktiviti penerokaan tanah, pembalakan, industri dan pertanian," katanya.

Menurutnya perkara itu tidak mustahil dan mampu dicapai berdasarkan situasi yang berlaku di Sungai Ichat, Cameron Highlands yang pernah tercemar teruk pada kelas tiga namun kini berjaya dipulihkan kepada kelas satu dan boleh disalurkan sebagai sumber air mentah ke loji rawatan air untuk diproses.

"JAS dalam proses menyediakan profil Sungai Ichat untuk disebarkan kepada umum sebagai rujukan kualiti dan keadaan sungai di negeri ini," katanya.