X

Kindly register in order to view this article
!

Polis sahkan 45 pekerja industri burung walid dihantar ke pusat kuarantin

A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Polis Pahang mengesahkan video tular di laman sosial Facebook yang menunjukkan sekumpulan lelaki menaiki sebuah bas di Bandaraya Kuantan pada malam Khamis adalah benar.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, sekumpulan lelaki itu melibatkan 35 warga Bangladesh dan masing-masing empat pekerja Myanmar serta nepal yang bekerja di sebuah perindustrian burung walet di bandar ini.

Menurutnya, tiga daripada 43 pekerja telah disahkan positif Covid-19 dua hari lalu.

"Susulan itu, tiga lelaki kini berada dalam pemerhatian pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

"Baki 40 orang lagi akan di bawa ke pusat kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi bagi mengesahkan satu klip video yang tular di facebook pada Jumaat.

Pada malam Khamis, tular satu klip video memaparkan sekumpulan menaiki sebuah bas tular sebuah pasaraya di Bandaraya Kuantan.

Dalam video berdurasi satu minit lima saat itu menyaksikan pekerja asing berkenaan sedang beratur menaiki bas untuk ke pusat kuarantin.

Abd Jalil berkata, pemindahan kesemua pekerja asing itu ke pusat kuarantin dilakukan oleh pasukan task force yang telah ditubuhkan oleh kerajaan Pahang dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Kesemua mereka ini perlu dikuarantinkan kerana tinggal di dalam satu asrama yang sama bersama-sama tiga lagi rakan sekerja mereka yang disahkan positif Covid-19," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!