Dua anak wanita mati ditembak suami dijaga datuk

Zaiton (tengah) menyaksikan penyerah replika cek daripada Rozaini (kanan) kepada Fatimah selepas Majlis Serahan Sumbangan Kepada Persatuan Cerebral Palsy Johor di Dewan Cerebral Palsy Johor Bahru, pada Khamis.
Zaiton (tengah) menyaksikan penyerah replika cek daripada Rozaini (kanan) kepada Fatimah selepas Majlis Serahan Sumbangan Kepada Persatuan Cerebral Palsy Johor di Dewan Cerebral Palsy Johor Bahru, pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua anak kepada wanita yang didakwa dibunuh kejam oleh suaminya di Taman Saujana, Kota Tinggi pada 1 Mac lalu kini dijaga datuk sebelah ibu mereka di Hulu Terengganu, Terengganu.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Zaiton Ismail berkata, dua beradik berusia tiga dan empat tahun itu ditempatkan sementara kerana kes itu masih dalam siasatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor.

"JKM masih menyiasat kerana ini melibatkan ahli keluarga yang ramai. JKM siasat siapa yang lebih berhak sebelum mengemukakan kepada mahkamah untuk hak penjagaan kedua-dua kanak-kanak tersebut.

"Ketika ini dua beradik itu diserahkan kepada keluarga datuknya kerana mereka rapat dengan datuknya selain mempunyai ahli keluarga lain di kawasan berdekatan," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serahan Sumbangan Kepada Persatuan Cerebral Palsy Johor di Dewan Celebral Palsy Johor Bahru di sini pada Khamis.

Serahan replika cek sumbangan tersebut disempurnakan Pengerusi Yayasa Jcorp, Rozaini Mohd Sani kepada Pengerusi Persatuan Cerebral Palsy Johor, Fatimah Tunku Osman.

Hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi 1 Mac lalu, seorang kerani swasta ditembak pada bahagian dada ketika tidur di rumahnya di Taman Saujana.

Lebih tragis mayat mangsa disumbat dalam tong air sebelum ditanam di sebuah ladang di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Kira-kira 30 kilometer daripada kediaman mereka.

Artikel Berkaitan: