UMNO sudah hantar surat undang Pas hadiri PAU 2020

Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO sudah mengundang Pas untuk hadir ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada hujung minggu ini menerusi surat bertarikh 3 Mac lalu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, antara yang diundang ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Untuk makluman, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim (Tuan Man) telah dijemput ke PAU 2020 melalui surat bertarikh 3 Mac 2021,” katanya melalui satu hantaran di Twitter beliau pada Rabu.

Selain itu Ahmad berkata, presiden dan timbalan presiden daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) turut diundang.

“Presiden dan timbalan parti-parti komponen BN serta Presiden Friends of BN juga sudah dijemput,” katanya.

Pada 23 Mac lalu, Naib Presiden Pas, Mohd Amar Abdullah memaklumkan bahawa Pas belum menerima sebarang maklumat mengenai undangan daripada UMNO yang merupakan rakan dalam Muafakat Nasional (MN) untuk menghadiri PAU 2020.

Artikel Berkaitan: