X

Kindly register in order to view this article
!

Ular sawa dalam mangkuk tandas

Ular sawa sepanjang 3.6 meter berada dalam mangkuk tandas.
A
A

ISKANDAR PUTERI - [DIKEMASKINI] Seorang wanita berdepan detik cemas selepas menemui seekor ular sawa yang menyorok dalam mangkuk tandas di rumahnya di Taman Dato' Syed Idris di sini pada Isnin.

Dalam kejadian itu pada jam 5.11 petang itu, wanita berkenaan mahu menggunakan tandas tanpa menyedari terdapat seekor ular sawa sepanjang 3.6 meter dalam mangkuk tandas.

Dia yang hampir menggunakan tandas itu menutup semula mangkuk tandas dan mengunci bilik air dari luar sebelum menghubungi bomba.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II Ronnie Robert berkata, tujuh anggota dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

"Ular sawa itu berjaya ditangkap menggunakan alat penjerut sebelum dilepaskan di kawasan yang jauh daripada penempatan awam," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurutnya, pihaknya mempercayai ular terbabit memasuki mangkuk tandas berkenaan melalui saluran paip sedia ada di rumah itu dan operasi menyelamat ditamatkan pada jam 5.45 petang.

Dalam satu kejadian berasingan, seramai 10 anggota dari BBP Skudai dengan dua buah jentera bergegas Kolej Tamn Putra Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai dekat sini selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 7.38 petang.

Komander Operasinya, Pegawai Bomba Kanan II Faisal Ismail berkata, pihaknya menerima aduan terdapat seekor ular tedung berada di bawah tangga di kawasan tersebut.

"Seekor ular tedung selar sepanjang lebih kurang 3.6 meter berjaya ditangkap dengan menggunakan alat penjerut. Operasi tamat pada jam 7.54 malam," katanya.

**media[1008748**


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!