181 individu ditahan langgar SOP

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 181 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara pada Ahad.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, 93 daripadanya dikompaun, 80 direman manakala lapan lagi dijamin.

"Antara kesalahan yang direkodkan ialah aktiviti pusat hiburan iaitu sebanyak 106 kes, tiada penjarakan fizikal (35), gagal menyediakan peralatan merekod diri dan pelanggan (24), aktiviti perjudian (8), tidak memakai pelitup muka (5).

“Turut direkodkan ialah kesalahan rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran (2) dan premis beroperasi lebih masa (1),” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: