X

Kindly register in order to view this article
!

Tan Sri Matshah Safuan meninggal dunia

Matshah
A
A

SHAH ALAM - Mantan Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Tan Sri Matshah Safuan meninggal dunia pada jam 7.20 malam Ahad.

Pekara tersebut dimaklumkan oleh Naib Presiden Perdasama, Datuk Sohaimi Shahadan menerusi hantaran di Facebook.

“Semoga rohnya dirahmati ALLAH SWT dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman serta beramal soleh.

“Mari kita sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham.

“Tok Mie kehilangan seorang sahabat, guru dan mentor. Semoga Allahyarham damai di sana,” katanya pada Ahad.

Tan Sri Matshah Safuan merupakan bekas Presiden Perdasama dan Pengasas kepada Safuan Group.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!