Tunku Azizah terseliuh kaki ketika main golf

Seri Paduka Baginda memuat naik gambar kaki kirinya yang berbalut selepas menerima rawatan di laman Instagram.
Seri Paduka Baginda memuat naik gambar kaki kirinya yang berbalut selepas menerima rawatan di laman Instagram.
A
A
A

SHAH ALAM - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengalami kecederaan di kaki ketika bermain golf pada pagi Ahad.

Seri Paduka Baginda berkongsi mengenai insiden itu di laman Instagram dengan memuat naik gambar kaki kirinya yang berbalut selepas menerima rawatan.

“Pagi tadi saya main golf, tak perasan lubang sprinkler dan saya jatuh terseliuh kaki kiri..... Alhamdulillah hanya bengkak.

“Hari Selasa saya akan buat MRI (Pengimejan Resonans Magnetik). Terima kasih kerana ramai yang mendoakan, nak sangat jadi golf champion!.

“Syukur pergelangan kaki tak patah,hanya sakit bisa je,” katanya.

Perkongsian tersebut mendapat 48,686 tanda suka dengan lebih 2,000 komen yang mendoakan Tunku Azizah segera sembuh agar dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa.