1,327 kes positif Covid-19 hari ini

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 333,040 selepas 1,327 kes baharu dilaporkan pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 1,316 kes membabitkan penularan tempatan, manakala 11 lagi adalah kes import.

Menurutnya, pertambahan itu menjadikan jumlah kes aktif meningkat kepada 14,518 orang.

"Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi iaitu 356 kes, diikuti Sarawak 276 dan Pulau Pinang iaitu 205 kes," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 1,247 kes sembuh baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh melonjak kepada 317, 289 orang.

"Sebanyak empat kematian baharu dilaporkan hari ini (Ahad) menjadikan kumulatif kes kematian akibat Covid-19 bertambah kepada 1,233 kes," katanya.

Katanya, jumlah pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi ketika ini adalah 154 termasuk 65 kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Artikel Berkaitan: