United mahu sambung kontrak Cavani

CAVANI
CAVANI
A
A
A

MANCHESTER United berminat untuk menyambung kontrak penyerangnya, Edinson Cavani untuk terus kekal di Old Trafford musim depan.

Perkara itu disahkan pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer yang menyifatkan perbincangan kontrak dengan pemain itu berjalan lancar.

"Kami sedang berbincang dengan Cavani. Dia merupakan penyerang terbaik dan apa jua yang akan diputuskannya nanti, kami akan teliti sebaiknya. Namun, saya boleh katakan perbincangan yang berlaku dengannya sangat positif.

"Kami mahu sebuah pasukan yang kompetitif dan memerlukan pemain seperti Cavani yang boleh menjaringkan gol. Jadi, kita akan lihat apa yang berlaku nanti.

"Cavani mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontrak asalnya selama 12 bulan sekiranya mencapai persetujuan kedua-dua pihak dalam perbincangan yang sedang berlangsung," katanya.

Penyerang kelahiran Uruguay itu menampilkan impak positif sejak menyertai The Red Devils tahun lalu selepas dilepaskan oleh kelab lamanya, Paris Saint Germain (PSG).

Malah, Cavani juga mengakui gembira untuk terus kekal bersama United untuk beberapa musim lagi sekiranya diperlukan oleh Solskjaer.

Bagaimanapun, bapa pemain berusia 34 tahun itu, Luis Cavani menafikan anaknya gembira bersama United dan menyatakan perbincangan sedang berlangsung untuk membawa bekas penyerang PSG itu ke Boca Juniors.

Artikel Berkaitan:

"Cavani tidak gembira di United dan sedang berbincang tentang masa depannya dengan Naib Presiden Boca Juniors, Juan Roman Riquelme," kata Luis Cavani.