Pemimpin UMNO kerjasama dengan PKR, DAP boleh dikenakan tindakan

Ismail Sabri (dua, kiri) meluangkan masa melawat kanak-kanak yang menghidap penyakit Cerebral Palsy, Farrel Naqed Abd Azim, 7, (tiga, kiri) iaitu anak angkat kepada anggota tentera, Pegawai Waran II Fazly Zakaria (dua, kanan) semasa melakukan lawatan kerja di Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (PARA) di Seberang Takir hari ini. -Foto Bernama
Ismail Sabri (dua, kiri) meluangkan masa melawat kanak-kanak yang menghidap penyakit Cerebral Palsy, Farrel Naqed Abd Azim, 7, (tiga, kiri) iaitu anak angkat kepada anggota tentera, Pegawai Waran II Fazly Zakaria (dua, kanan) semasa melakukan lawatan kerja di Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (PARA) di Seberang Takir hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA NERUS – Pemimpin dan ahli UMNO yang didapati menjalin kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP boleh dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar keputusan parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, UMNO sudah jelas menolak sebarang hubungan dengan kedua-dua parti tersebut dan sehingga kini keputusan Majlis Tertinggi (MT) itu tidak berubah.

“UMNO sudah membuat keputusan dengan jelas dalam tiga, empat kali mesyuarat MT yang mengatakan 'no PKR', 'no Anwar', 'no DAP'.

“Keputusan itu tidak berubah sampai sekarang. Jadi kalau kata kita mahu bincang dengan PKR maknanya tidak ada.

“Sekiranya ada yang berbincang itu dianggap melanggar keputusan MT, boleh dikenakan tindakan,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja RAMD (Para), Kem Seri Pantai, Seberang Takir, pada Sabtu.

Menteri Pertahanan itu juga berkata demikian mengulas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak menolak kemungkinan menjalinkan kerjasama dengan UMNO, walaupun perbincangan mengenainya masih belum dilakukan secara formal.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera turut mengingatkan ahli dan pemimpin UMNO supaya tidak mudah terpedaya dengan kenyataan Anwar kerana bimbang sekiranya ia boleh memecahbelahkan perpaduan parti.

“Kalau itu setakat keinginan dia, saya serahkan pada dia, itu hak dia tetapi kita takut ia boleh memecahbelahkan kita di dalam parti.

Artikel Berkaitan:

"Saya takut ada (rasa) curiga antara satu sama lain yang akhirnya menyebabkan kita berpecah dan sebab itu, saya harap kita jangan dipengaruhi kenyataan yang dikeluarkannya," katanya.