Sokong pendekatan inovatif kurangkan tabiat merokok

Gambar hiasan. Gambar kecil: Jacek Olczak
Gambar hiasan. Gambar kecil: Jacek Olczak
A
A
A

SATU kaji selidik antarabangsa oleh firma penyelidikan bebas, Povvado mendapati ramai orang cenderung terhadap pendekatan lebih baik di dalam usaha mengurangkan kesan negatif kemasyarakatan disebabkan tabiat merokok.

Sebanyak 71 peratus responden percaya bahawa menggalakkan orang dewasa yang tergolong dalam kategori perokok tegar bertukar kepada alternatif bebas rokok, boleh menyokong langkah-langkah mengurangkan permasalahan kepada masyarakat dan diri sendiri.

Kaji selidik yang dilaksanakan dalam kalangan 22,500 orang dewasa di 20 negara dan wilayah bertujuan menilai sikap berkaitan peranan alternatif bebas merokok bagi menambah baik kesihatan awam.

Kaji selidik bermula pada 8 Disember hingga 24 Disember dalam kalangan 22,507 lelaki dewasa berusia 21 tahun ke atas di 20 negara dan wilayah: Argentina, Australia, Brazil, Jerman, Hong Kong, Israel, Itali, Jepun, Mexico, Belanda, Norway, Filipina, Rusia, Afrika Selatan, Korea Selatan, Sepanyol, Taiwan, United Kingdom, Amerika Syarikat, dan Vietnam.

Hasil kaji selidik itu mendapati sokongan meluas terhadap pendekatan-pendekatan mulia bagi mempercepatkan proses pengurangan tabiat merokok.

Secara khusus, kaji selidik itu mendapati:

Sebanyak 73 peratus orang dewasa bersetuju bahawa kerajaan wajar mempertimbangkan peranan produk alternatif bagi menjadikan negara mereka bebas rokok.

Sebanyak 77 peratus bersetuju bahawa perokok dewasa harus mempunyai akses kepada dan maklumat tepat mengenai alternatif bebas rokok yang telah disahkan secara sains bagi membuat pilihan lebih baik dengan berhenti merokok.

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 67 peratus responden menyatakan seandainya boleh menghentikan penjualan rokok di negara mereka di dalam tempoh 10 hingga 15 tahun (menerusi kaedah perokok berhenti merokok atau bertukar kepada alternatif lebih baik, yang berasaskan sains), maka kerajaan mereka harus memberi tumpuan dan sumber bagi merealisasikannya.

Mengurangkan kadar perokok kekal sebagai isu kesihatan awam yang penting dengan tiga daripada empat responden (76 peratus) percaya bahawa adalah penting bagi kerajaan memberi tumpuan masa dan sumber untuk mencapai matlamat itu.

Namun, majoriti iaitu sebanyak 58 peratus percaya bahawa lebih banyak peraturan dan percukaian rokok tidak memadai bagi mencapai masa hadapan yang bebas rokok.

Ketua Pegawai Operasi Philip Morris International (PMI), Jacek Olczak berkata, produk bebas rokok sudah pun memainkan peranan penting di dalam mengurangkan kadar merokok.

“Dengan galakan daripada peraturan yang tepat, sokongan masyarakat madani, saya yakin seruan orang ramai dipenuhi dan bagi menghentikan rokok di kebanyakan negara di dalam tempoh sedekad setengah akan datang,” katanya lagi.

Majoriti orang dewasa yang dikaji selidik mahu melihat perubahan dari segi pendekatan kemasyarakatan terhadap pengurangan kesan tembakau termasuk lebih banyak kolaborasi antara kerajaan dan syarikat rokok.

Walaubagaimanapun, hampir tujuh dari 10 responden (68 peratus) menyokong syarikat rokok menjalin kerjasama dengan kerajaan, penguatkuasa dan pakar kesihatan awam bagi memastikan perokok mempunyai akses dan maklumat tepat sedia ada mengenai sains alternatif bebas rokok yang lebih baik.

Malah, lapan daripada 10 responden percaya bahawa kerajaan (88 peratus) dan perniagaan (81 peratus) mempunyai tanggungjawab untuk mengamalkan kemajuan saintifik dan teknologi terkini.

PMI adalah syarikat peneraju rokok antarabangsa yang terlibat di dalam pembuatan dan penjualan rokok, selain produk bebas rokok, peranti elektronik dan aksesori berkaitan serta dan produk mengandungi nikotin lain di pasaran luar AS.

PMI turut mengunjurkan sebanyak 12.7 juta orang dewasa di dunia sudah pun beralih kepada produk rokok elektronik, IQOS dan berhenti merokok.