Single atau taken: Syed Saddiq akhirnya buka mulut...

SHAH ALAM - Teka-teki siapa teman wanita Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya terjawab dalam program iG Live Sinar pada Khamis.
Soalan itu diajukan pengacara iG Live, Nazihah Khan kepada Syed Saddiq ketika program bual bicara berjudul Kompaun: Didik Atau Hukum Rakyat?
Terdahulu, Syed Saddiq dalam segmen Seminit Bersama yang disiarkan di TikTok Sinar Harian apabila ditanya sama ada bekas Menteri Belia dan Sukan itu sudah berpunya atau belum menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.
Berpeluang bertemu secara maya dengan Syed Saddiq, Nazihah bertanyakan kembali kepada beliau, adakah seseorang sedang bertakhta di hati Syed Saddiq kerana jawapan yang diberikan adalah 'tengah', bukannya 'single' mahupun 'taken' yang dijadikan pilihan kepada soalan itu.

Tidak melatah dan hanya tersenyum apabila soalan itu kembali diajukan, Syed Saddiq kemudian akui, tumpuan kini lebih kepada tanggungjawab yang tergalas di bahunya sebagai wakil rakyat sambil menyifatkan kawasan Parlimennya kini adalah teman wanitanya.
"... kalau ada girlfriend, girlfriend saya adalah Muar kerana Muar yang saya akan menghadap setiap minggu dan setiap hari," itu jawapan diberikan pengasas Parti Ikatan Demokratik (Muda) itu.
"Sebagai salah seorang yang dipilih oleh rakyat, untuk fokus berkhidmat... saya yakin apa yang rakyat mahu lihat berkenaan prestasi saya adalah bagaimana saya boleh berkhidmat untuk mereka. Mereka tidak mahu media ambil tahu mengenai kisah peribadi saya seperti 'dating' dengan siapa," jelasnya lagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -'Sangka bunyi ekzos motosikal, rupanya tembakan'
05 Januari 2026 12:37pmMenantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
05 Januari 2026 11:53amADUN Kijal didenda RM2,000 kes hasutan
05 Januari 2026 11:28amWarga emas maut dilanggar pemandu mabuk
05 Januari 2026 09:53amNurul Nazla ditemui selamat, kembali ke Hospital Shah Alam temui suami
04 Januari 2026 08:09pmLelaki maut ditembak ketika makan di restoran
05 Januari 2026 09:11amBudak 6 tahun maut dicampak dari bumbung selepas dirogol berkumpulan
05 Januari 2026 07:00am'Bayi dalam tandas stesen minyak rupanya anak sendiri'
04 Januari 2026 06:24pmPM dijangka buat pengumuman penting esok - Anthony Loke
04 Januari 2026 06:40pm- Iklan -- Iklan -
