X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 29 Mei 2022

Manfaat melebihi risiko, WHO syor terus guna vaksin AstraZeneca

Vaksin AstraZeneca -Foto AFP
A
A

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu berkata, pihaknya akan terus mengesyorkan penggunaan vaksin Covid-19 AstraZeneca kerana manfaatnya melebihi risiko, lapor Sputnik.

"Pada masa ini, WHO menganggap manfaat vaksin AstraZeneca melebihi risiko dan mengesyorkan agar vaksinasi diteruskan," kata kenyataan itu.

WHO sentiasa berhubung dengan Agensi Ubat-Ubatan Eropah dan pihak berkuasa di seluruh dunia untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keselamatan ubat-ubatan.

Jawatankuasa Penasihat Global WHO mengenai Keselamatan Vaksin dijangka mengumumkan keputusannya mengenai keselamatan AstraZeneca pada Khamis. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!