Cadangan mansuh hukuman mati diputuskan sebelum Parlimen bersidang

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong (kiri) berbincang sesuatu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Cahaya Jauhar Sdn Bhd Mohd Auzir Mohd Tahir (kanan) dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar (dua, kanan) ketika melawat tapak cadangan kompleks mahkamah yang baharu di Kota Iskandar hari ini. - Foto Bernama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong (kiri) berbincang sesuatu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Cahaya Jauhar Sdn Bhd Mohd Auzir Mohd Tahir (kanan) dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar (dua, kanan) ketika melawat tapak cadangan kompleks mahkamah yang baharu di Kota Iskandar hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - [DIKEMASKINI] Cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori sama ada diteruskan atau sebaliknya, hanya akan diputuskan jemaah menteri sebelum Parlimen bersidang, bulan depan dan selepas mengambil kira pendapat semua pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, setakat ini beliau sudah berjumpa dengan pelbagai pihak seperti ahli keluarga yang dibunuh, banduan akhir berserta ahli keluarga dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Selain itu saya menerima banyak emel dan surat dalam isu pemansuhan hukuman mati mandatori ini. Saya ambil berat pandangan semua pihak dan memahami perasaan mereka yang hilang orang tersayang.

"Keputusan muktamad akan dibuat sebelum Parlimen bersidang Mac ini. Kita tunggu keputusan pihak jemaah menteri,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Kompleks Mahkamah Johor Bahru di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Ditanya pendirian peribadinya mengenai pemansuhan tersebut, Vui Keong berkata, beliau tidak mahu pandangan peribadinya diambil kira.

“Bagi saya, dalam perkara ini, perasaan peribadi saya tidak diambil kira. Apa saya rasa, adalah sulit, saya simpan dalam hati.

“Saya tidak boleh melanggar jemaah menteri yang memberi mandat kepada saya untuk menjalankan tugas. Ini memang satu manifesto PH dan hasrat kerajaan baru. Tapi, kita tunggu sahaja keputusan muktamad dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan melaporkan bahawa pelaksanaan hukuman mati mandatori bagi semua kesalahan akan dimansuhkan di negara ini.

Artikel Berkaitan: