X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Lelaki ditahan kes bunuh akibat dendam

A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki di Bangsar, yang berlaku petang semalam.

Suspek berusia 26 tahun itu, ditahan di Selayang Baru, Batu Caves, di sini oleh sepasukan polis pada kira-kira 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata dalam penahanan itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek jenis Oppo Reno 4.

Hasil soal siasat terhadap suspek membawa polis ke beberapa buah rumah suspek yang masih bebas.

“Namun, kami tiba di rumah terbabit, suspek lain yang terlibat kes ini dipercayai telah melarikan diri,” katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, polis kini giat mengesan suspek yang masih bebas.

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang maut, seorang cedera parah bergaduh di Bangsar

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan, manakala suspek direman selama tujuh hari sehingga Sabtu depan,” katanya sambil menambah suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

Semalam, Bernama melaporkan seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah dalam pergaduhan dengan sekumpulan lelaki lain di Jalan Telawi 2, Bangsar, dipercayai akibat dendam.

Sanjeet Kumar Morthi, 28, beralamat di Batu Caves, Gombak, mati ketika dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya manakala rakannya dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!