Pekerja penghantaran bawa lari jutaan euro

 Adrien Derbez ditahan kerana melesapkan jutaan euro. - Foto AFP
Adrien Derbez ditahan kerana melesapkan jutaan euro. - Foto AFP
A
A
A

AUBERVILLIERS - PERANCIS. Dua pekerja syarikat penghantaran wang di Perancis tergamam apabila van membawa wang tunai berjumlah €3.4 juta (RM 15,651,600) lesap bersama seorang rakan sekerja mereka.

Dalam insiden Isnin lalu, tiga pekerja syarikat transit wang Loomis, melakukan penghantaran wang tunai menggunakan van keselamatan ke cawangan Western Union di Aubervilliers, pinggir bandar Paris.

Dua daripada pekerja memasuki premis bersama sejumlah tunai yang dipesan, sementara seorang lagi menunggu di dalam van.

"Apabila mereka keluar, van bersama pemandunya telah hilang, " kata sumber pihak berkuasa.

Van tersebut ditemui tidak lama kemudian dengan pintu terbuka dan kelibat pemandunya turut tidak kelihatan.

Siasatan polis membawa kepada penangkapan suspek bernama Adrien Derbez yang berjaya diberkas di sebuah rumah di bandar Amiens Selasa lalu, ketika cuba melarikan diri bersama beberapa beg berisi wang.

Tiga lagi individu ditahan bagi membantu siasatan dan kiraan sedang dilakukan untuk memastikan jumlah wang adalah mencukupi. - BBC

Artikel Berkaitan: