Pekerja komputer bawa pulang pacuan empat roda RM132,000

Pemenang cabutan bertuah utama ulang tahun ketujuh pusat membeli-belah Aman Central, Milas Chong Khar Hooi (kanan) bersama Exco Kedah, Mohd Firdaus Ahmad (tengah) dan Pengarah Urusan Belleview Group, Datuk Sonny Ho (kiri).

A
A
A

ALOR SETAR - Tuah buat seorang pekerja kedai komputer di Jitra apabila memenangi hadiah utama cabutan bertuah pacuan empat roda Triton VGT Auto Premium bernilai RM132,000 sempena ulang tahun ketujuh pusat beli-belah Aman Central pada Jumaat.

Milas Chong Khar Hooi, 28, berkata, pacuan empat roda tersebut adalah hadiah paling mewah diterimanya kerana jarang memenangi hadiah cabutan bertuah sebelum ini.

“Saya mengambil cuti setengah hari untuk datang ke acara cabutan bertuah Aman Central ini.

“Saya ingatkan sudah tidak dapat hadiah mewah ini tapi akhirnya sekarang memilikinya. Rasa sungguh bertuah dan gembira,” katanya.

Pemenang cabutan bertuah utama ulang tahun ketujuh pusat membeli-belah Aman Central, Milas Chong Khar Hooi (tiga kanan) menerima replika kunci pada Jumaat.
Pemenang cabutan bertuah utama ulang tahun ketujuh pusat membeli-belah Aman Central, Milas Chong Khar Hooi (tiga kanan) menerima replika kunci pada Jumaat.

Khar Hooi antara 80 pengunjung Aman Central yang telah disenarai pendek selepas menyertai peraduan cabutan bertuah dengan perbelanjaan minimum RM300 dan ke atas dengan maksimum gabungan dua resit yang mana peraduan tersebut telah diadakan selama empat bulan bermula 27 Oktober 2022 hingga 28 Februari 2023 lalu.

Pengunjung yang tidak memenangi hadiah utama pula turut diraikan dengan ganjaran lain antaranya cabutan bertuah pakej perkahwinan GensGreatIdea, produk Habib Jewels bernilai RM10,000, kerusi urut Osim uThrone S x Marvel Iron Man Gaming dan uMist Dream Humidifier.

Pemenang cabutan bertuah utama ulang tahun ketujuh pusat membeli-belah Aman Central, Milas Chong Khar Hooi (empat kanan) bersama keluarganya dan tetamu kenamaan yang hadir ke program tersebut pada Jumaat.

Antara hadiah lain yang turut disediakan ialah bekalan ecoBrown's GOLD selama satu tahun, loket berlian emas putih 18K Tomei dengan set rantai, produk Agift, motosikal Ottimo oleh Chin Hin, Lotus's, High Culture, Huawei dan banyak lagi.