X

Kindly register in order to view this article
!

Isu buku teks Sejarah: Kaukus Dewan Negara panggil beberapa pihak

Razali Idris
A
A

KUALA LUMPUR - Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara akan memanggil beberapa pihak bagi memberi penjelasan berhubung isu kandungan buku teks Sejarah Tingkatan Empat yang didakwa terdapat fakta yang dimanipulasikan.

Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris berkata, antara yang akan dipanggil ialah Kementerian Pendidikan, dua bekas Menteri Pendidikan dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang membangkitkan isu berkenaan sebelum ini serta beberapa pakar dalam bidang sejarah Malaysia.

Katanya, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat secara maya bersama anggota jawatankuasa kaukus minggu lepas dan surat rasmi akan dikeluarkan kepada Kementerian Pendidikan terlebih dahulu untuk hadir pada sesi pendengaran mesyuarat kaukus dalam tempoh terdekat ini.

“Hal sedemikian sangat serius kerana polemik ini pastinya memberi kesan dan membabitkan golongan pelajar, guru, pengurusan sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta sistem pendidikan negara secara keseluruhannya.

“Soal yang membabitkan pendidikan termasuk fakta sejarah perlu dilihat secara ilmiah dan intelektual, fakta yang benar dan tepat, tetapi bukanlah terarah dari sudut mainan politik semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Antara lain, buku teks yang diperakui sah oleh Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah KPM pada 24 April 2018 itu didakwa mengandungi unsur-unsur mengagungkan komunis dalam perjuangan negara mencapai kemerdekaan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!