Sarjan direman disyaki minta rasuah RM2,000

Suspek diiringi pegawai SPRM di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh Melaka di sini, pada Rabu.
Suspek diiringi pegawai SPRM di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh Melaka di sini, pada Rabu.
A
A
A

MELAKA - Seorang anggota polis berpangkat sarjan direman dua hari bermula Rabu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan wang bernilai RM2,000.

Sarjan berusia 33 tahun itu disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM2,000 daripada seorang wanita agar anaknya tidak dituduh di mahkamah atas kesalahan positif dadah jenis syabu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Lee Kim Keat di sini, pada Rabu.

Terdahulu, anggota berkenaan tiba di Kompleks Mahkamah Melaka sekitar jam 10.30 pagi dengan memakai pakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diiringi beberapa anggota SPRM.

Difahamkan anggota polis tersebut ditahan lewat petang Selasa dalam serbuan di rumah wanita berkenaan di Bukit Rambai.

Dalam serbuan itu turut menjumpai wang rasuah berjumlah RM2,000 dalam poket seluar suspek.

Sementara itu Pengarah SPRM Melaka, AwangKok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail mengesahkan penahanan terbabit dan memaklumkan kes disiasat di bawah Sek 17(a) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: