Rasuah RM300,000, SPRM tahan Datuk Seri

Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri ditahan kerana disyaki menerima rasuah RM300,000.
Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri ditahan kerana disyaki menerima rasuah RM300,000.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri kerana disyaki menerima rasuah RM300,000 daripada seorang individu kononnya bagi membantu melepaskan 22 warga China yang ditahan di depoh imigresen.

Menurut sumber, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira jam 8 malam di Pejabat SPRM Selangor pada Selasa.

"Suspek mendakwa boleh membantu menyelesaikan kes penahanan 22 warga China yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket judi atas talian dan Macau Scam," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok bagi permohonan reman," katanya.

Artikel Berkaitan: