'Luluh hati, dua anak pergi selamanya'

Asmah menunjukkan gambar kenangannya bersama Allahyarham Nor Hayati (dalam gambar, kanan) yang meninggal dunia dalam kejadian runtuhan jejambat SUKE yang menimpa sebuah van ketika melalui MRR2 petang Rabu.
Asmah menunjukkan gambar kenangannya bersama Allahyarham Nor Hayati (dalam gambar, kanan) yang meninggal dunia dalam kejadian runtuhan jejambat SUKE yang menimpa sebuah van ketika melalui MRR2 petang Rabu.
A
A
A

SUNGAI BESAR - Seorang ibu yang pernah kehilangan anak akibat kanser payudara dua tahun lalu, diuji sekali lagi apabila anak bongsunya pula maut dalam kejadian runtuhan jejambat Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang menimpa sebuah van ketika melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), petang Rabu.

Asmah Sohor, 77, berkata, kehilangan anaknya, Nor Hayati Abdullah, 42, amat dirasai apatah lagi sebelum ini arwah anaknya, Laila Hayati Abdullah, meninggal dunia pada 9 Mac 2019.

"Lima hari lagi genap dua tahun arwah anak saya (Laila Hayati) meninggal dunia dan semalam (Rabu) sekali lagi saya menerima perkhabaran duka apabila (Nor Hayati) pula pergi menemui Pencipta," katanya kepada Sinar Harian di rumahnya di Kampung Jerang Belanga Bagan Terap, di sini pada Khamis.

Asmah berkata, seluruh badannya menggeletar sebaik mengetahui anak bongsu daripada lima beradik itu terbabit dalam kejadian itu.

"Luluh hati saya sebaik mengetahui anak sudah pergi buat selamanya. Kalau anak sakit, bolehlah tengok depan mata, tapi hanya jasad sahaja yang mungkin boleh saya tatap buat kali terakhir," katanya.

Bagaimanapun, katanya, sebagai umat Islam dia tetap reda dengan segala ketentuan-Nya.

Anggota Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van selepas dihempap sebahagian struktur tapak pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak yang runtuh hari ini.
Anggota Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van selepas dihempap sebahagian struktur tapak pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak yang runtuh hari ini.

"Arwah seorang anak yang baik dan mendengar kata selain amat menyayangi anak saudaranya jika pulang ke kampung," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kakak Nor Hayati, Sabahah Abdullah, 47, berkata, dia tinggal serumah lebih 10 tahun lalu dengan arwah adiknya itu di Keramat, Ulu Klang.

Katanya, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham Nor Hayati pada petang Selasa sebelum adiknya itu ke tempat kerjanya di sebuah kilang elektronik di Subang.

"Arwah tidak banyak bercakap dan kali terakhir saya nampak dia sempat menjamah masakan saya sebelum bersiap-siap untuk ke tempat kerjanya pada sebelah petang," katanya.

Dua wanita maut dalam kejadian runtuhan jejambat pembinaan SUKE dan menimpa van pekerja dinaiki mereka ketika melalui MRR2 petang Rabu.

Kejadian jam 5.58 petang itu mengakibatkan dua lagi rakan mereka serta seorang lelaki yang juga pemandu van dilaporkan mengalami kecederaan.

ARTIKEL BERKAITAN Dua pekerja maut van kilang dihempap struktur jejambat runtuh