Bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda nafi tuduhan rasuah

Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid
Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebentar tadi terhadap 14 pertuduhan menerima rasuah ansuran kenderaan berjumlah RM23,540.68.

Noor Ehsanuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di hadapan hakim Azman Ahmad.

Mengikut kesemua pertuduhan, dia didakwa menerima ansuran kenderaan berjumlah keseluruhan RM23,540.68 bagi kereta bernombor WQP 329 daripada KHSB yang mana mempunyai hubungan dengan tugas rasmi sebagai ahli Lembaga Pengarah Felda.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin selain mencadangkan tertuduh melapor diri di pejabat SPRM berhampiran sekali sebulan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam R. Thrichelvam yang mewakili tertuduh tidak membantah jumlah jaminan yang ditawarkan dan memaklumkan pasport anak guamnya telah diserahkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru selepas dituduh dua pertuduhan Ahad lepas.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikatkan jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali.

Artikel Berkaitan: