X

Kindly register in order to view this article
!

Dua rakyat Malaysia antara 12 kes import baharu di Singapura

A
A

SINGAPURA - Dua lelaki rakyat Malaysia antara 12 kes import baharu Covid-19 di Singapura pada Isnin, menurut Kementerian Kesihatan republik itu.

Kementerian itu menerusi data penuh yang dikeluarkan lewat malam Isnin memaklumkan, kedua-dua pemegang permit kerja yang tiba dari Malaysia itu adalah asimptomatik (tidak menunjukkan gejala).

Setakat tengah hari Isnin, Singapura melaporkan 12 kes baharu, semua kes import menjadikan jumlah keseluruhan yang dijangkiti kepada 59,948.

Setakat ini, kementerian mengklasifikasikan 3,113 kes yang dilaporkan sebagai kes import; 2,324 kes komuniti dan 54,511 melibatkan penghuni asrama.

Singapura mempunyai dua kluster Covid-19 buat masa ini. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!