X

Kindly register in order to view this article
!

Keluar PKR sokong PN untuk selesaikan isu rakyat

Laporan Sinar Harian hari ini. Gambar kiri: Steven Choong
A
A

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon pada Ahad mengesahkan beliau menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Steven Choong berkata, keputusan itu dibuat kerana terdapat keperluan baginya supaya mempunyai akses untuk berjumpa dengan semua menteri serta ketua agensi kerajaan serta dapat membangkitkan isu-isu rakyat di Parlimen Tebrau.

"Saya berharap dengan pengalaman saya sebagai akauntan, juruaudit luar dan dalaman, ejen cukai dan perunding perniagaan selama 40 tahun, saya boleh bekerjasama dengan semua menteri dan agensi kerajaan.

"Kerjasama ini bagi menangani pelbagai isu seperti banjir, pembuangan sampah haram, rumah pangsa kos rendah/murah, perlesenan berjenis-jenis di peringkat persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan serta sebagainya," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu Steven Choong juga berharap dapat menjadi orang tengah di antara kerajaan dan komuniti perniagaan supaya isu rakyat mendapat perhatian kerajaan.

"Saya sudi membantu kerajaan khususnya dalam bidang kepakaran saya.

"Sekiranya dipanggil, saya sudi bekerjasama dengan Kementerian Kewangan untuk mencari atau merancang atau merangka sistem percukaian supaya hasil kutipan cukai akan meningkat dan pada masa sama tidak membebankan kumuniti perniagaan dan rakyat," katanya.

Dua ahli Parlimen pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan menyerahkan akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani mereka kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua ahli Parlimen PKR serah akuan sumpah sokong kerajaan PN

Muhyiddin dalam hantaran menerusi akaun Facebook rasmi beliau berkata, akuan bersumpah itu diserahkan oleh Ahli Parlimen Julau Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon.

Ia berlaku sehari selepas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Negara (Amanah) Johor dilaporkan menyertai PKR.

Ketiga- ketiga tersebut ialah ADUN dari Amanah iaitu ADUN Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim, ADUN Serom, Faizul Amri Adnan dan ADUN Mahkota Mohd Said Jonid.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!