X

Kindly register in order to view this article
!

Dua ahli Parlimen PKR serah akuan sumpah sokong kerajaan PN

Steven Choong, Larry
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Dua ahli Parlimen pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Ahad menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan menyerahkan akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani mereka kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin dalam hantaran menerusi akaun Facebook rasmi beliau berkata, akuan bersumpah itu diserahkan oleh Ahli Parlimen Julau Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon.

"Akaun bersumpah itu ditandatangani dan diserahkan kepada saya selepas sesi pemukiman anggota Jemaah Menteri sempena setahun kerajaan PN di Putrajaya," katanya.

Beliau yang melahirkan rasa syukur berkata, sokongan itu tentunya akan mengukuhkan lagi kerajaan PN dalam usaha dan perancangan untuk mengurus pandemik Covid-19 serta memangkin kebangkitan semula ekonomi negara. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!