Balai Polis Ampang beroperasi semula

Proses sanitasi dilakukan di Balai Ampang di sini pada Rabu.
Proses sanitasi dilakukan di Balai Ampang di sini pada Rabu.
A
A
A

AMPANG - Balai Polis Ampang kini beroperasi semula selepas proses sanitasi secara total dilakukan di balai polis berkenaan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kerja-kerja sanitasi telah dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak badan bukan kerajaan pada jam 10.30 pagi.

"Kita telah mengaktifkan semula pengoperasian Balai Polis Ampang kepada orang awam bagi urusan membuat laporan polis dan permohonan rentas daerah atau negeri pada jam 4 petang," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Mohamad Farouk meminta orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan semasa berurusan di balai polis.

Pada Rabu, seramai 11 anggota di Balai Polis Ampang disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Semua urusan orang awam seperti laporan polis dan permohonan rentas daerah atau negeri di balai polis itu digantung sementara bermula Selasa bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!