Pemandu Perodua Myvi pandu melulu direman dua hari

Rakaman kejadian menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan dalam kemalangan di Jalan Bandar Kinrara 6F, Bandar Kinrara, Serdang yang tular di laman sosial pada Isnin.
Rakaman kejadian menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan dalam kemalangan di Jalan Bandar Kinrara 6F, Bandar Kinrara, Serdang yang tular di laman sosial pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pemandu kereta Perodua Myvi yang disyaki memandu secara melulu hingga merempuh dua kenderaan lain di Jalan Bandar Kinrara 6F, Bandar Kinrara, Serdang pada Isnin direman selama dua hari bagi membantu siasatan polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, pemandu kereta berusia 26 tahun berkenaan merempuh van hingga pemandunya parah selain melanggar sebuah kereta jenis Proton Waja.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari'at berkata, pemandu van itu kini ditempatkan di zon merah Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Kereta Perodua Myvi yang didakwa dipandu laju sehingga merempuh dua kenderaan di Jalan Bandar Kinrara 6F, Bandar Kinrara, Serdang pada Isnin.
Kereta Perodua Myvi yang didakwa dipandu laju sehingga merempuh dua kenderaan di Jalan Bandar Kinrara 6F, Bandar Kinrara, Serdang pada Isnin.

“Pemandu Perodua Myvi itu dikatakan cuba melarikan diri, namun ditahan oleh orang awam yang kemudian menyerahkannya kepada polis sebelum dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Serdang untuk tindakan susulan.

"Pemandu itu telah direman dua hari bermula Selasa untuk siasatan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, ujian saringan yang dijalankan bagaimanapun mendapati pemandu Perodua Myvi itu negatif dadah dan alkohol.

Katanya, kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu ditahan untuk pemeriksaan oleh pakar.

Artikel Berkaitan:

Beliau juga memohon saksi kejadian terutama pemilik kamera papan pemuka yang merakam kejadian untuk supaya menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Syafiq Mohd Nasir di talian 012-9845477.